Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
} memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
} memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
} memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
} memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
} memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
} memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
} memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
} memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
} memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
cerita sedih bila lif rosak
Adatiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuahapartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamatbertugas, mereka pulang ke rumah. Dilihatnya ramai orang sedangberkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidakberfungsi.
Si A: Macam mana ni... rumah kita atas sekali pulak tu?
Si B: Aduhhhh... bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke?
Si C: Aku rasa, baik kita panjat tangga aje... kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik.
SiA: Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kitakena bercerita yang sedih saja, sebab kalau kita buat cerita lawak,kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa. Biar kita serius dengarcerita.
Mereka pun bersetuju, jadi mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. Si A mula bercerita.
Si A: Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku. Aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku... bla bla bla bla bla...
Punyalahsedih mereka mendengar cerita si A hingga meleleh-leleh air mata, sedartak sedar mereka dah sampai kat tingkat 20. Mereka berhenti sekejapbukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata, kemudian merekakembali memanjat sambil si B pula bercerita.
SiB: Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibubapaku meninggal dalam kemalangan jalan raya. Aku dibesarkan oleh abangsulung ku saja yang pada masa tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku takbersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4orang... bla bla bla bla...
Sekalilagi mereka bertiga meleleh sedih... punyalah lama si B bercerita,sedar tak sedar mereka dah sampai ke tingkat 55. Hanya 5 tingkat sajalagi. Sambil melangkah memanjat tangga ke tingkat 56, si C mulamenyampuk.
Si C: Alaaaaaa... korang punya cerita tak sedih lagi. Cerita aku lagi sedihhhh punya.
Si A: Kau ada sejarah hidup sedih juga ke?
Si C: Emmmm... mungkin hari ini dalam sejarah...
Si B: Cerita aje le... kita dah tinggal 4 tingkat je lagi.
Si C: Aku sedih kerana... KUNCI RUMAH KITA, AKU TERTINGGAL DALAM KERETA.... UWAAAAAA....
salam
mmg dah lama aku x update blog ni.semenjak hbs final exam sem lps terus aku x bukak blog ni...tambahan plak skrg sibuk dgn pratikal...tapi xpe...aku akan cuba sebaik mgkn utk meng'update'kan blog aku...
Ramai yang tahu cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Cinta sebenarnya tidak blh dipaksa. Cinta lahir dari keikhlasan tulus hati yang suci yang berlandaskan kasih Illahi. Mari mempelajari sedikit sebanyak tentang cinta.
Apa itu Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.
Cinta Wujud Semenjak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Bersedia untuk Bercinta
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Keindahan Cinta
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Mengharap Balasan Cinta
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.
Menakluki Cinta
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Mengetahui Cinta
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.
Hidup Mati Cinta
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
Kesucian Cinta
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
Terpesona Dengan Cinta
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.
“bercintalah dengan mereka yang berhak memiliki cintamu, bahagialah kamu di dunia dan akhirat”
hari ni seawal pkl 5.30 pagi aku bgn tido sbb nak siapkan thesis walaupun hati ku berkata baik tido je...huhuhu..thesis aku ni tinggal nak siapkan recommendation, conclusion dan table of contents je. lps tu check format dan masukan drawing dlm lampiran...nampak je sikit...dlm pkl 1.30tghari aku aku siapkan semua skali. lps tu aku pun print...lbh kurang 140 pages jgkla...byk x?habis satu pertiga aku punya kertas double A...
aku pun bersiap2 nak gi jumpa mr gan utk dptkan approval sblm buat hard binding...dengan kenyakinan diri yg jitu aku pun berjumpa mr gan...dalam hati aku rasa blh dpt sign emas dia sbb aku dah baiki apa yang dia suruh baiki sblm ni...mr gan pun mula check satu persatu muka surat thesis aku...
aduih...muka surat terawal aku dah kena tegur sbb x ikut format...lps abis check semua skali...mr gan ckp aku punya dah ok... cuma betulkan semula format ada salah tapi x byk dan conclusion aku...so dgn kecewa jgkla hati ni sbb x dpt approval thesis lagi...takot jg x sempat nak binding dan htr ke fakulti...apap2pun blk nanti aku akan perlu betolkan mana yang silap dan htr semula sok....
doakan semoga aku dpt approval dari supervisor mr gan sok....
Kisah ni berlaku semlm...bdk klas aku buat makan2 @ BBQ di TC khas utk BMA thn akhir mcm majlis perpisahan jgk la tapi ada juga sowang dua tersesat join. apa2pun x kisahla...janji sporting...
pada mulanya aku nak gerak ke tc dgn motor kesayangan ku tapi....tgk cuaca mcm nak hujan je...aku pun tumpang keta rezha...kami berkumpul di petronas gambang...semua skali lbh kurang dlm 6buah keta...tapi ada yang dah gerak dl...slps masing dah isi minyak kami pun gerak dlm pkl 9.15....
sampai je di tc kami pun mengangkut peralatan ke tempat yg telah dirancang...pada permulaan xtvt cuaca sedikit hujan ...tapi xtvt tetap diteruskan jgk...nasib baik ada wakaf kat situ...kami hidupkan api utk membakar ayam...ada sesetgh mbr aku yg lain buat hal masing2 sementara tunggu ayam makanan siap...ada yg main gitar nyanyi beramai2...lepak ditepi pantai...borak2 sambil mengutuk kekwn...main mesej dgn awek...ops!!!..tut...sape 2?biarlah rahsia...huhu...
aku pun turut join bakar ayam...selain tu ada jgk bakar hotdog(bukan anjing kepanasan), kerang dan kentang...lama jgk nk bakar ni sbb ayam dipotong besar...so...lambat masak...sambil nak tggu ayam masak...apa lagi xtvt memposingkan diri masing2 la...
dlm pkl 11.30 kami pun mula menjamu selera...selain menu ayam bakar...ada jugak nasi goreng...pergh...malam tu memang kenyang habis...aku makan sikit je sbb dah kenyang makan sblm dtg lg...
slps makan, masing2 berpecah buat xtvt sendiri...aku gi lepak minum dgn paklie, apiz, acap, achik, pecal dan mbr2 azah...sambil tgh lepak2...caen, ijang dan zack dtg join skali...
lps minum...kami lepak tepi pantai...hirup udara pantai...dkt situ sesi bergambar tak ketinggalan...aku dah letih sgt bdn terlelap jap beralaskan tikar...mmg best siot tido kat tepi pantai...pendek kata...panjang x kata apa2...hahaha...
dalam pkl 3.30 pagi kami pun bertolak blk tapi sblm tu aku dan paklie saje nk perkenakan azah...kami sorok selipar jaban dia kambus dlm pasir...hahaha...biar dia berkaki ayam..kok kok kok....hehehe...tgk muka dah semcm je...aku pun bagi balik...reliksla azah...bila lagi bh kaco ko...lps ni payah nk jumpa dah...
kami gi singgah benteng plak...tgk suasana gelagat remaja kuantan awl pagi. sampai sana jumpa semula budak klas semula...diarong lepak tgk bdk rempit...bermacam2 ragam bdk remaja mlm tu...
aku lepak jap...lps 2 terus blk ke UMP...sampai je tgk semua keta beratur kat dpn pintu masuk utama...rupa2nya kena tahan dgn pak guard...pergh pagi tu pak guard mmg skema nak mampos...klau nk masuk mesti kena tulis nama..dia ckp pkl 7 baru blh masuk...aku dah malas nK layan pak guard ump ni...dia punya perangai kalah jwtn NC lg...pagi tu paklie berkorban bg kad matrik tulis nama dia...
elok2 sampai je di bilik dah masuk waktu subuh...aku solat dl dan terus tido...nak tahu bgn pkl bape...ops..xleh ckp...
Bangun solat subuh pagi terus aku x tido. aku siapkan thesis sbb nak kena hantar kat supervisor dan panel aku hari isnin ni. sakit jgk kepala otak aku nk mikir mcmner nak susun ayat...dahla aku ni low sikit dlm omputeh ni...nasib baik ada e-kamus dlm pc aku ni...sedikit sebyk membantu aku nak translate ayat2 utk dimasukkan di dlm thesis...
dlm pkl 8.15 abah aku tipon tanya pasal brg2 aku bila nak ambik...aku ckp ptg sikit sbb nak siapkan thesis...so hari ni adalah hari terakhir PC aku di UMP sbb akan di hantar pulang ke kpg.walaupun thesis aku x siap sepenuhnya lagi...
family aku dah sampai semlm lagi datang nak ambik barang2 ku pulang, diarong ada kat rmh pakcik aku di paching bermalam si sana...
walaupun berat hati aku nak berpisah dgn pc aku sbb mcm2 kenangan tersimpan semat didlm pc ku ni...bak astro kata...macam2 ada...apa2pun xpe...sbb aku akan jumpa blk kat kpg nanti....
oklah aku dah nak packing pc aku masuk dlm kotak...nanti x sempat plak sbb nak gi solat jumaat...


