Apa itu Cinta?

Ramai yang tahu cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Cinta sebenarnya tidak blh dipaksa. Cinta lahir dari keikhlasan tulus hati yang suci yang berlandaskan kasih Illahi. Mari mempelajari sedikit sebanyak tentang cinta.

Apa itu Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Semenjak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Bersedia untuk Bercinta
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Keindahan Cinta
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Mengharap Balasan Cinta
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Menakluki Cinta
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Mengetahui Cinta
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Hidup Mati Cinta
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Kesucian Cinta
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Terpesona Dengan Cinta
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.

Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.



“bercintalah dengan mereka yang berhak memiliki cintamu, bahagialah kamu di dunia dan akhirat”

BeLoM DpT AppRoVaL

hari ni seawal pkl 5.30 pagi aku bgn tido sbb nak siapkan thesis walaupun hati ku berkata baik tido je...huhuhu..thesis aku ni tinggal nak siapkan recommendation, conclusion dan table of contents je. lps tu check format dan masukan drawing dlm lampiran...nampak je sikit...dlm pkl 1.30tghari aku aku siapkan semua skali. lps tu aku pun print...lbh kurang 140 pages jgkla...byk x?habis satu pertiga aku punya kertas double A...


aku pun bersiap2 nak gi jumpa mr gan utk dptkan approval sblm buat hard binding...dengan kenyakinan diri yg jitu aku pun berjumpa mr gan...dalam hati aku rasa blh dpt sign emas dia sbb aku dah baiki apa yang dia suruh baiki sblm ni...mr gan pun mula check satu persatu muka surat thesis aku...


aduih...muka surat terawal aku dah kena tegur sbb x ikut format...lps abis check semua skali...mr gan ckp aku punya dah ok... cuma betulkan semula format ada salah tapi x byk dan conclusion aku...so dgn kecewa jgkla hati ni sbb x dpt approval thesis lagi...takot jg x sempat nak binding dan htr ke fakulti...apap2pun blk nanti aku akan perlu betolkan mana yang silap dan htr semula sok....

doakan semoga aku dpt approval dari supervisor mr gan sok....

ObeR NiTe di Tc

Kisah ni berlaku semlm...bdk klas aku buat makan2 @ BBQ di TC khas utk BMA thn akhir mcm majlis perpisahan jgk la tapi ada juga sowang dua tersesat join. apa2pun x kisahla...janji sporting...

pada mulanya aku nak gerak ke tc dgn motor kesayangan ku tapi....tgk cuaca mcm nak hujan je...aku pun tumpang keta rezha...kami berkumpul di petronas gambang...semua skali lbh kurang dlm 6buah keta...tapi ada yang dah gerak dl...slps masing dah isi minyak kami pun gerak dlm pkl 9.15....

sampai je di tc kami pun mengangkut peralatan ke tempat yg telah dirancang...pada permulaan xtvt cuaca sedikit hujan ...tapi xtvt tetap diteruskan jgk...nasib baik ada wakaf kat situ...kami hidupkan api utk membakar ayam...ada sesetgh mbr aku yg lain buat hal masing2 sementara tunggu ayam makanan siap...ada yg main gitar nyanyi beramai2...lepak ditepi pantai...borak2 sambil mengutuk kekwn...main mesej dgn awek...ops!!!..tut...sape 2?biarlah rahsia...huhu...



aku pun turut join bakar ayam...selain tu ada jgk bakar hotdog(bukan anjing kepanasan), kerang dan kentang...lama jgk nk bakar ni sbb ayam dipotong besar...so...lambat masak...sambil nak tggu ayam masak...apa lagi xtvt memposingkan diri masing2 la...





dlm pkl 11.30 kami pun mula menjamu selera...selain menu ayam bakar...ada jugak nasi goreng...pergh...malam tu memang kenyang habis...aku makan sikit je sbb dah kenyang makan sblm dtg lg...

slps makan, masing2 berpecah buat xtvt sendiri...aku gi lepak minum dgn paklie, apiz, acap, achik, pecal dan mbr2 azah...sambil tgh lepak2...caen, ijang dan zack dtg join skali...



lps minum...kami lepak tepi pantai...hirup udara pantai...dkt situ sesi bergambar tak ketinggalan...aku dah letih sgt bdn terlelap jap beralaskan tikar...mmg best siot tido kat tepi pantai...pendek kata...panjang x kata apa2...hahaha...



dalam pkl 3.30 pagi kami pun bertolak blk tapi sblm tu aku dan paklie saje nk perkenakan azah...kami sorok selipar jaban dia kambus dlm pasir...hahaha...biar dia berkaki ayam..kok kok kok....hehehe...tgk muka dah semcm je...aku pun bagi balik...reliksla azah...bila lagi bh kaco ko...lps ni payah nk jumpa dah...

kami gi singgah benteng plak...tgk suasana gelagat remaja kuantan awl pagi. sampai sana jumpa semula budak klas semula...diarong lepak tgk bdk rempit...bermacam2 ragam bdk remaja mlm tu...

aku lepak jap...lps 2 terus blk ke UMP...sampai je tgk semua keta beratur kat dpn pintu masuk utama...rupa2nya kena tahan dgn pak guard...pergh pagi tu pak guard mmg skema nak mampos...klau nk masuk mesti kena tulis nama..dia ckp pkl 7 baru blh masuk...aku dah malas nK layan pak guard ump ni...dia punya perangai kalah jwtn NC lg...pagi tu paklie berkorban bg kad matrik tulis nama dia...

elok2 sampai je di bilik dah masuk waktu subuh...aku solat dl dan terus tido...nak tahu bgn pkl bape...ops..xleh ckp...

Bangun solat subuh pagi terus aku x tido. aku siapkan thesis sbb nak kena hantar kat supervisor dan panel aku hari isnin ni. sakit jgk kepala otak aku nk mikir mcmner nak susun ayat...dahla aku ni low sikit dlm omputeh ni...nasib baik ada e-kamus dlm pc aku ni...sedikit sebyk membantu aku nak translate ayat2 utk dimasukkan di dlm thesis...

dlm pkl 8.15 abah aku tipon tanya pasal brg2 aku bila nak ambik...aku ckp ptg sikit sbb nak siapkan thesis...so hari ni adalah hari terakhir PC aku di UMP sbb akan di hantar pulang ke kpg.walaupun thesis aku x siap sepenuhnya lagi...

family aku dah sampai semlm lagi datang nak ambik barang2 ku pulang, diarong ada kat rmh pakcik aku di paching bermalam si sana...

walaupun berat hati aku nak berpisah dgn pc aku sbb mcm2 kenangan tersimpan semat didlm pc ku ni...bak astro kata...macam2 ada...apa2pun xpe...sbb aku akan jumpa blk kat kpg nanti....

oklah aku dah nak packing pc aku masuk dlm kotak...nanti x sempat plak sbb nak gi solat jumaat...

10 Sikap Wanita



Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan

Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai

Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuatlelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
Artikel ini special untuk kaum hawa yang ingat memikat kaum adam tapi sebelum tu kenala tahu bagaimana nak pikat kaum adam ni...bukan senang jgk....hehehe...antara sikap-sikap yang disukai kaum adam ada senarai dibawah ni.mari membaca apakah antara sikap-sikap yang digemari atau disukai oleh kaum adam


Pandai berbicara

Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dgn baik dan berfikiran terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri

Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri

Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin

Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

4wad laa ape Lagi!!..hehehe. Pastu gi lah solat….
Renung2kan Dan Selamat BeramaL!!...

kisah selepas final

alhamdulillah bebaru aku telah selesai menjalani final exam yang pertama dan yang terakhir pada 4 nov 08 paper I.C.E tapi jgn korang ingat ais batu ataupun air batu campur...tu singkatan pendek subjek yang aku ambik...untuk singkatan panjangnya plak Internal Combustion Engine... apa2pun aku dah lega sangat sebab subjek ni last aku exam di UMP....selepas ni plak aku akan menjalani LI.

Selepas exam...aku dan budak rmh aku merancang nak gi obernite mlm tu...nak enjoy puas2 slps 2thn setgh penat lelah menuntut ilmu di UMP...

selepas solat isyak kami pun bertolak dengan dua buah keta lebih kurang 9org jgk la yg join...destinasi pertama kami mlm tu...apa lagi klau bukan ke tanjung lumpur...lapar beb tak makan dari pagi td sbb asyik study utk final...masing2 muka dah x boleh blah...semua kelaparan...

Sampai je kat tanjung lumpur kami memilih restoran ana ikan bakar...restoran ni mmg jadi pilihan aku dan mbr2 yg lain sbb masakannya sedap dan banyak...mmg kenyang hbs...lps tu harga kat restoran ni mmg murah...aku dan mbr2 order menu masing2...aku plak order nasi goreng, tomyam campur dan minum air kelapa laut sbb paklie cakap sedap air tu...yang bestnyer tauke brg motor dan tauke top up....ting and acap open table blanje makan sotong masak goreng tepung...tenkiu...hehehe...

ok makanan dah sampai...apa lagi...masing2 dah lapar...terus je makan sampai x ingat dunia...hahaha...malam tu aku mmg bebetol makan sampai boleh habiskan nasi goreng, tomyam, sotong goreng dan air kelapa laut....kenyang giler...selesai makan aku pun pi bayar...nak tahu bape kena campur semua skali yang aku makan...rm8 je...memang murah dan berbaloi hbs...

selepas makan semua kembali bertenaga...kami pun meneruskan destinasi ke teluk cempedak (TC)....malam tu org x seramai hujung mggu...aku pun berjalan sampai menghirup udara angin pantai...mmg rasa puas sbb lps ni x gado pikir pasal exam lg...semua dah settle...sambil berjalan2 dan lepak kat situ aku pun tengok gelagat pengunjung yang datang disitu...ada yang datang dengan berkeluarga...dengan kekawan...dan dgn couple masing2...aku tertarik sorang peniaga kaki lima...dia menjual lukisan yang dibuat didalam botol mengunakan serbuk berwarna...seni dan kreatif giler...



selain lepak2 kat situ...apa lagi...mesti x terlepas punya sesi bergambar...klau bab bergambar ni mmg aku suka posing mcm2 gaya...dlm hati teringin nak jadi model tapi x tercapai plak...hahaha...lps masing2 dah penat...kami pun balik...sblm tu mesti x ketinggalan makan ice cream mc'd dl...



lps kat tc kami berpecah...keta achik terus ke kuantan...yang aku tahu diarong nak gi cari bapok...ish2...aku naik keta paklie terus balik ke UMP...sampai je dibilik aku dah x larat sbb kepenatan dan terus je terlelap...